2 Oct 2012

SMS kekasih hati untuk kadok

Asslamualaikum.
 Tiada mukadimah yg dapat dititip oleh saya(kadok) untuk memulakan bicara kali ini. hati ini masih di selebunggi dengan seribu rasa yg xdapat digambarkan betapa hati ini gundah gelana kerna dia. Segala pengorbanan kekasih ini membuatkan aku terdiam sejuta bahasa, kelu kesah tidak bebunyi, minda merewang entah kemana. Titipan pesanan ringkas buat diriku, merubah segala adrenalin dalam ini untuk bertindak balas secara kimia pada tahap abnormal. Sudi lah, pada semua untuk berkongsi SMS indah kekasih hati sang kadok:-
   
 `Assalamualaikum anak sulong mak.Dah lama mak tak nasihatkan anak mak sorang ni. Psl peluang keja yang abg dpt ni, wajarkah di sia2kan atau abg patut rebut, abg fikir2lah betul2, kesempatan/peluang hanya dtg sekali. Mak sedih jg kalau abg tolak rezeki yg bakal dperolehi jika abg benar2 berusaha kearah kebaikan, berubahlah menjadi insan cemerlang. Anak yg soleh bukannya terikut2 budaya kuning yg hanya tau mmprotes. Mak dah maafkan salah silap abg terdahulu walaupun tak dapat nak lupakan kali pertama anak kesayangan mengecewakan mak. so skrng terpulanglah pd abg utk mncorakkan masa depan sndiri buat kelangsungan hidup yg masih jauh. sblum menutup mata buat selamanya2nya, mak abah semestinya ingin melihat anak2nya berjaya-hanya itu doa kami.'

sat 6:19 PM via u-mobile

p/s- untuk itu,sekarang kadok sudah begelar penjawat awam.....sekian.

12 Aug 2012

cINta si BotoL Susu


Assalamualaikum...
  Jutaan terima kasih ingin diri ini(kadok) hadiahkan kepada insan2 teristimewa yg sudi dengan izin NYA mentelaah tulisan2 diri ini. Tiada apa yg lebih indah hanya agar ianya menjadi ilmu dan panduan.

  OGOS 2012
hari ini kuhadiahkan sesuatu pada kekasih2 hati
maaf andai pemberian mengusik rasa atau terasa keji..
namun itulah yang lahir ikhlas dari si pemberi
yang punya makna tersendiri
walau sukar untuk dimengerti
kerna yang terlihat tak sama dengan yang tersembunyi..

teman...
pada dua tali itulah kugantungkan harapan
agar kau temui insan yang benar-benar ditakdirkan.
untuk mengajarmu erti kebahagiaan
agar lena tidurmu sentiasa dalam senyuman
bukan esak tangis yang berpanjangan
seperti mana kau tersenyum tatkala memandang
pemberian iklas dari seorang teman..

sahabat
andai kau katakan hadiah itu terlalu awal untukmu
mungkin benar, kerna hadiah itu untuk seorang ibu yang bakal lahir dari rahimmu
untuk dipakaikan pada cucu saudaraku yang aku pasti se....... neneknya..
mungkin terlalu jauh untuk itu..namun setinggi itulah harapanku...
setelah kau temui insan yang kau percaya dari rusuknya kau diciptakan
kuharap bahagia itu terus kekal untuk mu..


bagai sikecil dan botol susu pemberian ibu
yang diusung dan dikendong setiap waktu..
sibotol susu itulah penawar duka dan pengubat tangisnya
pada sibotol susu itulah gelak tawa teman setianya
setiap detik ia jatuh dan bangun tatkala sedang belajar untuk bertatih dan mengenal makna kehidupan
sibotol susu itulah ilham dan insipirasinya.
saat gembira mahupun duka
botol susu tetap setia dalam dakapan
ketika sekecil merajuk hati membawa diri
botol kecil jua yang menemani
merawat resah memujuk hati
akhirnya sikecil terlena dalam pelukan sibotol susu.


pada sibotol susu itulah ku isi dan ku simpan makna " KITA"
kerna pada besarnya makna sibotol susu pada sikecil besar lagi makna "KAMU" untuk aku.

sekian, wasalam.






6 Aug 2012

Kerana mereka bukan perdana menteri


Assalamualaikum...
  Dengan izin NYA, sekali lagi jari jemari ini menari-nari diatas papan yang tidak berkunci. Masih bernafas lagi si Kadok untuk sekian kalinya meriwayatkan rona-rona putaran hidup yg sedetik pun tidak pernah terlepas dari merempuh perjalanan ini...
  Ini cerita hari-hari di stesen KTMB. Kisah tentang orang ramai yang sentiasa menanti kereta api yang sudah padat lagi seperti ikan yang lemas di dalam tin sardin. Bukan tentang rutin hidup perdana menteri, maka usah terlalu ambil peduli.
  Kali ini kereta api tiba lagi, tapi jangan sesekali bermimpi untuk dinaiki. Penuh padat dan sesak untuk disumbat lagi. ahh..menantilah lagi untuk kesekian kali dengan rasa bahang dihati.Terlepas lagi kali ini.....
  Ahhhhhhhh...mengeluh lah lagi. Ada resah dalam setiap wajah yang menanti memikirkan mereka-mereka yang sudah menanti kepulangan di stesen ketibaan atau bos yang sudah mencari. Alasan apa perlu diberi nanti, takkanlah Train lewat tiba lagi.
  Bila train sudah tiba, maka saat kesabaran pun sudah semakin tiada bersama terbangnya kesopanan dan budi bahasa, maka bergasaklah sekalian manusia. Rebut merebut, tolak menolak, celah mencelah, maki memaki, itulah drama setiap petang dan setiap pagi, setiap hari...di stesen komuter ktmb...
  Dalam gasak dan tolak manusia, rupanyan ada sibu tua berkaki tempang terkial-kial menepis dan mengasak dengan tongkatnya ditangannya. merebut peluang yang ada. Itu sahaja yang terdaya...katanya....semua orang pelu berusaha. Dia bukan perdana menteri sebuah Negara punya escourt untuk mengawal dan melapangkan jalannya.
  Dalam gasak dan tolak manusia, ada si buta yang istimewa. Tersenyum tenang wajahnya. Bisiknya, tidak mengapa terpaksa berebutdan bersesak seketika, asalkan dapat masuk sudah syukur baginya...
  Setelah puas bersabung nyawa, dapat juga ruang menyelitnya, namun sengsara baru bermula. didalam gerabak lain pula ceritanya. 
  Dalam sesak dan padat insan, ada anak kecil yang sedang menagis kelemasan. Walau tangisnya tidak sesayu hati ibu yang hanya mampu memandangnya  "maafkan ibu, ibu bukan perdana menteri sebuah Negara yang diberikan perkhidmatan kelas pertama.
  Dalam sesak dan padat insan, ada si ibu muda yang sedang sarat kepenatan setelah bekerja seharian. Tak bolehkah diberi sedikit runag untuk bernafas dalam tenang. Dalam sesak dan padat manusia, ada insan yang sudah mencapai usia bersara, tersenguk senguk menahan kantuk. Apakan daya ini sudah rutin harianya, entah bila akan berakhir.....
  Dalam sesak dan padat insan, ada anak muda yang sedang kelaparan sesudah mengikat perut seharian, berharap train segera sampai agar segera bertemu si ibu yang siap sedia dengan makan. Dalam sesak dan padat insan, ada insan yang kepeningan. Menahan loya dan sakit kepala yang berterusan. Demam ini belum kebah seharian. Aahhhh..perjalanan ini terlalu menyiksakan...
  Dalam sesak dan padat manusia, ada ramai lagi yang sedang kesengsaraan yang tidak  mampu kuceritakan keseluruhan. Apakan daya kita tidak punya banyak pilihan. Demi sebuah rezeki kehidupan terpaksa kita terima dan kita telan...
  Kalau ayam direban perlukan ruang, kambing dikandang perlukan lapang, kita cuma manusia yang perlu disumbat. Biar rapat biar padat, harga tiket berapalah sangat. mahu diberi sejuta nikmat.
 Dalam pada itu ada perkara yang boleh kita bangga, khidmat kereta api bertaraf antarabangsa. Dari india hingga kesumatera, semua dapat kita rasa. Dari filipina hingga ke Afrika, semua negara kita teroka. Kemudahan kita bertaraf dunia, nikmatnya kita kongsi sama rata. Bukan tidak ada yang mengeluh, bukan tidak ada yang mengadu..namun mungkin kerana mereka bukan perdana menteri. Penat dan lelah mereka tidak perlu diambil peduli. Masa dan sengsara bagai tidak punya erti.
  Bukan tidak bersyukur dengan kemudahan yang diberi, jauh sekali menderhaka pemerintah yang disegani. Sekadar bercerita kisah hari-hari, setiap petang dan pagi, di stesen-stesen ktmb. Kembara siLumpur. Rawang- bank negara. March 2012.