12 Aug 2012

cINta si BotoL Susu


Assalamualaikum...
  Jutaan terima kasih ingin diri ini(kadok) hadiahkan kepada insan2 teristimewa yg sudi dengan izin NYA mentelaah tulisan2 diri ini. Tiada apa yg lebih indah hanya agar ianya menjadi ilmu dan panduan.

  OGOS 2012
hari ini kuhadiahkan sesuatu pada kekasih2 hati
maaf andai pemberian mengusik rasa atau terasa keji..
namun itulah yang lahir ikhlas dari si pemberi
yang punya makna tersendiri
walau sukar untuk dimengerti
kerna yang terlihat tak sama dengan yang tersembunyi..

teman...
pada dua tali itulah kugantungkan harapan
agar kau temui insan yang benar-benar ditakdirkan.
untuk mengajarmu erti kebahagiaan
agar lena tidurmu sentiasa dalam senyuman
bukan esak tangis yang berpanjangan
seperti mana kau tersenyum tatkala memandang
pemberian iklas dari seorang teman..

sahabat
andai kau katakan hadiah itu terlalu awal untukmu
mungkin benar, kerna hadiah itu untuk seorang ibu yang bakal lahir dari rahimmu
untuk dipakaikan pada cucu saudaraku yang aku pasti se....... neneknya..
mungkin terlalu jauh untuk itu..namun setinggi itulah harapanku...
setelah kau temui insan yang kau percaya dari rusuknya kau diciptakan
kuharap bahagia itu terus kekal untuk mu..


bagai sikecil dan botol susu pemberian ibu
yang diusung dan dikendong setiap waktu..
sibotol susu itulah penawar duka dan pengubat tangisnya
pada sibotol susu itulah gelak tawa teman setianya
setiap detik ia jatuh dan bangun tatkala sedang belajar untuk bertatih dan mengenal makna kehidupan
sibotol susu itulah ilham dan insipirasinya.
saat gembira mahupun duka
botol susu tetap setia dalam dakapan
ketika sekecil merajuk hati membawa diri
botol kecil jua yang menemani
merawat resah memujuk hati
akhirnya sikecil terlena dalam pelukan sibotol susu.


pada sibotol susu itulah ku isi dan ku simpan makna " KITA"
kerna pada besarnya makna sibotol susu pada sikecil besar lagi makna "KAMU" untuk aku.

sekian, wasalam.






6 Aug 2012

Kerana mereka bukan perdana menteri


Assalamualaikum...
  Dengan izin NYA, sekali lagi jari jemari ini menari-nari diatas papan yang tidak berkunci. Masih bernafas lagi si Kadok untuk sekian kalinya meriwayatkan rona-rona putaran hidup yg sedetik pun tidak pernah terlepas dari merempuh perjalanan ini...
  Ini cerita hari-hari di stesen KTMB. Kisah tentang orang ramai yang sentiasa menanti kereta api yang sudah padat lagi seperti ikan yang lemas di dalam tin sardin. Bukan tentang rutin hidup perdana menteri, maka usah terlalu ambil peduli.
  Kali ini kereta api tiba lagi, tapi jangan sesekali bermimpi untuk dinaiki. Penuh padat dan sesak untuk disumbat lagi. ahh..menantilah lagi untuk kesekian kali dengan rasa bahang dihati.Terlepas lagi kali ini.....
  Ahhhhhhhh...mengeluh lah lagi. Ada resah dalam setiap wajah yang menanti memikirkan mereka-mereka yang sudah menanti kepulangan di stesen ketibaan atau bos yang sudah mencari. Alasan apa perlu diberi nanti, takkanlah Train lewat tiba lagi.
  Bila train sudah tiba, maka saat kesabaran pun sudah semakin tiada bersama terbangnya kesopanan dan budi bahasa, maka bergasaklah sekalian manusia. Rebut merebut, tolak menolak, celah mencelah, maki memaki, itulah drama setiap petang dan setiap pagi, setiap hari...di stesen komuter ktmb...
  Dalam gasak dan tolak manusia, rupanyan ada sibu tua berkaki tempang terkial-kial menepis dan mengasak dengan tongkatnya ditangannya. merebut peluang yang ada. Itu sahaja yang terdaya...katanya....semua orang pelu berusaha. Dia bukan perdana menteri sebuah Negara punya escourt untuk mengawal dan melapangkan jalannya.
  Dalam gasak dan tolak manusia, ada si buta yang istimewa. Tersenyum tenang wajahnya. Bisiknya, tidak mengapa terpaksa berebutdan bersesak seketika, asalkan dapat masuk sudah syukur baginya...
  Setelah puas bersabung nyawa, dapat juga ruang menyelitnya, namun sengsara baru bermula. didalam gerabak lain pula ceritanya. 
  Dalam sesak dan padat insan, ada anak kecil yang sedang menagis kelemasan. Walau tangisnya tidak sesayu hati ibu yang hanya mampu memandangnya  "maafkan ibu, ibu bukan perdana menteri sebuah Negara yang diberikan perkhidmatan kelas pertama.
  Dalam sesak dan padat insan, ada si ibu muda yang sedang sarat kepenatan setelah bekerja seharian. Tak bolehkah diberi sedikit runag untuk bernafas dalam tenang. Dalam sesak dan padat manusia, ada insan yang sudah mencapai usia bersara, tersenguk senguk menahan kantuk. Apakan daya ini sudah rutin harianya, entah bila akan berakhir.....
  Dalam sesak dan padat insan, ada anak muda yang sedang kelaparan sesudah mengikat perut seharian, berharap train segera sampai agar segera bertemu si ibu yang siap sedia dengan makan. Dalam sesak dan padat insan, ada insan yang kepeningan. Menahan loya dan sakit kepala yang berterusan. Demam ini belum kebah seharian. Aahhhh..perjalanan ini terlalu menyiksakan...
  Dalam sesak dan padat manusia, ada ramai lagi yang sedang kesengsaraan yang tidak  mampu kuceritakan keseluruhan. Apakan daya kita tidak punya banyak pilihan. Demi sebuah rezeki kehidupan terpaksa kita terima dan kita telan...
  Kalau ayam direban perlukan ruang, kambing dikandang perlukan lapang, kita cuma manusia yang perlu disumbat. Biar rapat biar padat, harga tiket berapalah sangat. mahu diberi sejuta nikmat.
 Dalam pada itu ada perkara yang boleh kita bangga, khidmat kereta api bertaraf antarabangsa. Dari india hingga kesumatera, semua dapat kita rasa. Dari filipina hingga ke Afrika, semua negara kita teroka. Kemudahan kita bertaraf dunia, nikmatnya kita kongsi sama rata. Bukan tidak ada yang mengeluh, bukan tidak ada yang mengadu..namun mungkin kerana mereka bukan perdana menteri. Penat dan lelah mereka tidak perlu diambil peduli. Masa dan sengsara bagai tidak punya erti.
  Bukan tidak bersyukur dengan kemudahan yang diberi, jauh sekali menderhaka pemerintah yang disegani. Sekadar bercerita kisah hari-hari, setiap petang dan pagi, di stesen-stesen ktmb. Kembara siLumpur. Rawang- bank negara. March 2012.
                                    

  

Adik Abang Kadok





Assalamualaikum...
  Jujur ingin aku singkapkan, karya ini bukan copyright dari Kadok sepenuhnya..aku hanya menjadi perantara batu loncatan untuk saudara2 darah jua daging insan kerdil hijau ini. Untuk itu, sekali lagi izinkan hamba meriwayatkan sebuah lagi lipur lara tentang kisah realiti rona hidup kita..


Ini kisah biasaCerita orang-orang biasa
Dari orang biasa
Bukan dari pakar ekonomi terkemuka
Jauh sekali perdana menteri sebuah Negara
Kisah tentang impian “ kita”
Memacu ekonomi memaju Negara
Keluar dari perangkap Negara berpendapatan sederhana katanya
Ini kisah Negara maju berpendapatan tinggi
Hingga duit gaji tiada nilai lagi
Rm 100, 200 boleh terbang dalam sehari
Di kedai runcit pak Ali
Hanya untuk beli beras dan kopi
Untuk beri makan dan bini
Mak cik yang sudah hilang gigi
Makin sakit hati
Apalah nak dimasak nanti
Harga ayam dan ikan
Harga kunyit dan belacan
Pun dah naik lagi
Kalau setakat Rm 10 sehari
Hanya boleh makan meggi
Itupun dah naik harga kini.
Kata mereka itu semua inflasi
Kita ini masih lucky
Inflasi tidak melambung tinggi
Apalah salah berjimat dan berkorban kali ini
Itu harga perlu dibayar untuk mencapai Negara maju berpendapatan tinggi
Bila dah maju , rakyat akan sejahtera nanti
Benarkah kita kan bahagia nanti?
Lain pula cerita orang kita di kota
Kononnya mereka ini kaya raya
Sayangnya gaji yang kononya “ besar’’ tidak kemana
Tolak hutang rumah dan kereta
Hutang astro, bil telefon dan multimedia
Bil api, air dan segala bil atas meja
Huh memang boleh buat sakit kepala..
Belum lagi lagi cerita
Tentang Bayar petrol dan tol merata-rata
Sewa itu, ini dan seribu macam benda
Maklumlah sekrang ini nak masuk tandas pun bukanya percuma.
Belum cukup bulan, dah jadi papa kedana
Yang bujangnya asyik bercerita
Tentang saman parkingnya yang berjela-jela
Maklumlah, takkanlah mahu dikorbankan
Makan malam dan makan tengahari
Puasa sepanjang hari
Semata-mata mahu membayar harga parking yang harganya RM 10 setiap hari
Maka kumpulah saman hari-hari
Dari kerajaan tempatan dan polis negeri
Yang sudah berkeluarga
Bercerita pula tentang yuran PIBG yang ntah apa-apa mahalnya
Buku rujukan yang bertimbun-timbun harganya.
Buku teks yang di beri percuma
Tak pula diguna, kurang berkualiti agaknya
Hah makin botakla kepala ayahnya.
lain pula ceritanya
Mereka yang baru keluar u ipt
Usah tertipu lagi pada kata –kata cikgu
Belajar rajin-rajin sampai masuk universiti
Kerja tingi-tinggi
Dapat bantu ayah dan ummi
Itu semua hanya ilusi
Bila sudah bergraduasi nanti
Punya diploma dan degree
Poket akan sering kering tak berisi
Kerja jenuh mahu dicari
Yang lekat hanya hutang pt
Yang menimbun tinggi
Kerana kita Negara berpendapatan tinggi.



5 Aug 2012

Kadok bersangka baik



Assalamualaikum..
  Ini adalah coretan pertama aku(kadok) dalam blog nie. Rasanya mungkin kekok untuk aku mecaritkan nya kerna bagi ku bagaikan sudah terlalu lama aku meninggalkan bidang bloger ini. Hilangnya aku bukan kerna kecewa mahupun terluka dek hati dan perasaan, hanya kerna mengejar tuntutan hidup yang semakin lama semakin menghimpit ku. Ini lah lumrah titian kehidupan yg perlu kita harunginya.
  Detik2 kehidupan kita semua menpunyai jalan filem nya sendiri, tidak terkecuali diri ini jua.
Selama aku berjalan di pentas NYA berbagai bentuk manusia yang bersama ku. Hadir nya mereka mencorak kan lagi warna warni lukisan kehidupan ini. Aku bersyukur.
  Aku terpanggil untuk meriwayatkan suatu kisah mengenai bersangka baik. Bukan kisah dongeng pak kadok dengan labu2 nya, mahupun sang kancil dengan buaya, tetapi realiti hidup masa kini. Sifat  sangka baik kini semakin hilang dalam diri kita, cuba kita kenangkan kembali dalam diri ini. Berapa kerap kita besifat demikian? Sentiasa begitu ataupun kadang2 sahaja. Mengapa ada jawapan kadang2? Kenapa tidak selalu, bukan kah ini adalah sifat terbaik.? Ya, kerna enviroment masa kini, yg memerlukan kita utk berhati2 dalam setiap langkah yg kita lewati.
  contoh mudah yang dapat aku selitkan, seorang jurujual yng datang kerumah seorang surirumah dimana kebetulan tinggal berseorangan pada siang hari. Perlukah dia bersangka baik ataupun terselit sedikit perasaan was was. Kita sedia maklum dengan cerita2 buruk yg terpampang di dada akhbar mahupun mulut2 internet bergerak di sekeliling kita. Dipersimpangan inilah, akidah dan akhlak kita menjadi penentu untuk meneruskan lakonan drama siang hari.
  Lain pula dengan kisah aku, tidak serumit surirumah tadi. Perkenalan yg baru lahir, meyebabkan aku di dalam dilema. Pada mulanya sememangnya bersangka baik ini hadir di dalam diri ini, namun disebabkan gosip2 yg lahir dari mulut internet bergerak itu, menyebabkan aku keliru dan secara tidak langsung nya was was ini rapat menghampiri aku. Aku tersilap langkah..aduh. Runtuh akhlak yg selama ini kubina. Maaf kupohon.
  "Amat meknakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini tidak pernah wujud pada umat yang lain kecuali pada golongan mukmin. Jika dia mendapat kebaikan dia bersyukur, jika dia ditimpa keburukan dia bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya" riwayat muslim.
  Wahai diri...bersangka baik lah kamu...terus bersangka baik...bersangka baik...bersangka bak..........


sekian, wasalam.