6 Aug 2012

Adik Abang Kadok





Assalamualaikum...
  Jujur ingin aku singkapkan, karya ini bukan copyright dari Kadok sepenuhnya..aku hanya menjadi perantara batu loncatan untuk saudara2 darah jua daging insan kerdil hijau ini. Untuk itu, sekali lagi izinkan hamba meriwayatkan sebuah lagi lipur lara tentang kisah realiti rona hidup kita..


Ini kisah biasaCerita orang-orang biasa
Dari orang biasa
Bukan dari pakar ekonomi terkemuka
Jauh sekali perdana menteri sebuah Negara
Kisah tentang impian “ kita”
Memacu ekonomi memaju Negara
Keluar dari perangkap Negara berpendapatan sederhana katanya
Ini kisah Negara maju berpendapatan tinggi
Hingga duit gaji tiada nilai lagi
Rm 100, 200 boleh terbang dalam sehari
Di kedai runcit pak Ali
Hanya untuk beli beras dan kopi
Untuk beri makan dan bini
Mak cik yang sudah hilang gigi
Makin sakit hati
Apalah nak dimasak nanti
Harga ayam dan ikan
Harga kunyit dan belacan
Pun dah naik lagi
Kalau setakat Rm 10 sehari
Hanya boleh makan meggi
Itupun dah naik harga kini.
Kata mereka itu semua inflasi
Kita ini masih lucky
Inflasi tidak melambung tinggi
Apalah salah berjimat dan berkorban kali ini
Itu harga perlu dibayar untuk mencapai Negara maju berpendapatan tinggi
Bila dah maju , rakyat akan sejahtera nanti
Benarkah kita kan bahagia nanti?
Lain pula cerita orang kita di kota
Kononnya mereka ini kaya raya
Sayangnya gaji yang kononya “ besar’’ tidak kemana
Tolak hutang rumah dan kereta
Hutang astro, bil telefon dan multimedia
Bil api, air dan segala bil atas meja
Huh memang boleh buat sakit kepala..
Belum lagi lagi cerita
Tentang Bayar petrol dan tol merata-rata
Sewa itu, ini dan seribu macam benda
Maklumlah sekrang ini nak masuk tandas pun bukanya percuma.
Belum cukup bulan, dah jadi papa kedana
Yang bujangnya asyik bercerita
Tentang saman parkingnya yang berjela-jela
Maklumlah, takkanlah mahu dikorbankan
Makan malam dan makan tengahari
Puasa sepanjang hari
Semata-mata mahu membayar harga parking yang harganya RM 10 setiap hari
Maka kumpulah saman hari-hari
Dari kerajaan tempatan dan polis negeri
Yang sudah berkeluarga
Bercerita pula tentang yuran PIBG yang ntah apa-apa mahalnya
Buku rujukan yang bertimbun-timbun harganya.
Buku teks yang di beri percuma
Tak pula diguna, kurang berkualiti agaknya
Hah makin botakla kepala ayahnya.
lain pula ceritanya
Mereka yang baru keluar u ipt
Usah tertipu lagi pada kata –kata cikgu
Belajar rajin-rajin sampai masuk universiti
Kerja tingi-tinggi
Dapat bantu ayah dan ummi
Itu semua hanya ilusi
Bila sudah bergraduasi nanti
Punya diploma dan degree
Poket akan sering kering tak berisi
Kerja jenuh mahu dicari
Yang lekat hanya hutang pt
Yang menimbun tinggi
Kerana kita Negara berpendapatan tinggi.



No comments:

Post a Comment